Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecoh Kerusi Pesawat Penuh Tampalan, Air Asia Jelaskan Cuma Pembaikan Kosmetik

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi perasaan malunya apabila melihat kerusi di pesawat Air Asia yang bertampal pita pelekat bagi menutup kerosakan.

Malu kerusi pesawat buruk!

Lebih menyedihkan, pesawat terbabit merupakan pesawat yang digunakan untuk penerbangan antarabangsa, Kuala Lumpur ke Taipei.

“Saya rasa malu. Warga asing pasti fikir mereka akan pergi ke negara yang sangat mundur. Pesawat dilekatkan dengan pita. Penerbangan antarabangsa!” tulisnya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pengguna Facebook itu merupakan penumpang untuk pesawat berkenaan ataupun tidak.

Rata-rata netizen di ruangan komen Facebooknya juga meluahkan rasa yang sama kerana ia merupakan salah satu airlines yang menjadi pilihan orang awam menuju ke destinasi dalam ataupun luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah sementara untuk pembaikan

Memetik laporan dari Berita Mediacorp, ketua jurutera AirAsia X berkata pelekat vinyl berwarna kuning itu digunakan di tengah-tengah kekurangan bahagian ganti yang menjejas operasi penerbangan dan perkara itu ‘bukanlah satu isu keselamatan’.

Ia juga merupakan salah satu langkah awal untuk melakukan ‘pembaikan luaran‘ dan pelekat itu merupakan ‘langkah sementara’.

Pelekat vinyl khusus, yang lazimnya digunakan bagi kerja-kerja pembaikan luaran kabin, digunakan sebagai langkah sementara bagi mengelakkan gangguan penerbangan dan bagi mengutamakan menghantar penumpang dengan selamat dan tepat pada waktunya ke destinasi mereka,” kata Encik Alvin Tan.
“Tempahan alat ganti yang dibuat pada Ogos 2022 tiba pada minggu lalu, kerja-kerja pembaikan kini dijalankan untuk membaiki kesemua alas tempat letak tangan pada kerusi pesawat.” ujarnya.

Difahamkan, pita pelekat itu hanya ada di kawasan kerusi ekonomi dan tiada di kelas perniagaan.

Sumber: Facebook, Berita Mediacorp

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Lokal

Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang wanita muda dalam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd