Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kebakaran Di Hawaii: Penduduk Terpaksa Terjun Dalam Laut Selamatkan Diri

Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan tragedi kebakaran hutan di Hawaii, Amerika Syarikat sehingga mengorbankan nyawa penduduk setempat.

Difahamkan juga, pasukan penyelamat mendedahkan pada setiap hari mereka menemukan lebih 10 hingga 20 mayat malah, Gabenor tempatan, Josh Green berkata, setakat Ahad lalu, jumlah kematian meningkat kepada 100 orang sekali gus menjadikannya tragedi kebakaran hutan AS paling maut dalam tempoh lebih satu abad.

Jelasnya lagi, pihaknya memerlukan masa sehingga 10 hari bagi mengetahui jumlah sebenar kematian dan menjangkakan lebih ramai mangsa yang terlibat.

“Jumlah mangsa hilang, kira-kira 1,300 orang.Hampir keseluruhan bandar Lahaina musnah dalam kebakaran itu.
“Tiada apa yang dapat dilihat kecuali kemusnahan teruk. Buat masa ini, memang sukar mengenali mana-mana mangsa yang ditemukan,” ujarnya.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Fema) memaklumkan pihaknya menggunakan beberapa ekor anjing bagi membantu mencari dan mengesan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebanyak 10 anjing pengesan dikerahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Fema dalam misi ini. Beberapa juga dihantar dari Jabatan Bomba California Selatan,” kata agensi itu kepada CNN.

Sehingga kini, punca kebakaran hutan masih tidak dapat dikenal pasti namun, satu saman difailkan terhadap pembekal elektrik terbesar Hawaii, Hawaii Electric yang mendakwa talian kuasa syarikat terputus hingga menyumbang kepada kebakaran hutan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @nrmalaputri26 di laman TikToknya, kelihatan penduduk setempat terpaksa terjun ke dalam laut berhampiran untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan asap yang tebal.

@nrmalaputri26

pray for hawaii #hawai #kebakaranhutan #lahaina #lahainahawaii #lahainafire

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga penduduk Hawaii selamat

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedunia mendoakan agar urusan mangsa dipermudahkan dan berharap pihak penyelamat dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Sumber: Utusan Malaysia, TikTok @nrmalaputri26

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kejadian paip pecah di kawasan Segambut, Kuala Lumpur pagi tadi menjadi tular selepas seorang pengguna Threads, @jugusseo berkongsi pengalaman cemasnya ketika menghadapi insiden tersebut....

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menyarankan penganut Hindu supaya mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti berlebihan sempena sambutan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd