Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KBS Lancar Program Senamrobik Komuniti, Galak Gaya Hidup Aktif & Cergas

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) lancar program senamrobik komuniti yang dilaksanakan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat komuniti, termasuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

YB Hannah Yeoh sempurnakan majlis pelancaran

Susulan daripada itu, Menteri KBS, YB Hannah Yeoh telah menyempurnakan pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2024 bertempat di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras pada 9 Mac 2024.

Difahamkan, objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan cergas, menyemai pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat komuniti khususnya warga PPR dan PA.

KBS lancar program senamrobik, semua lapis masyarakat boleh terlibat

Dalam pada itu, ia juga membantu melebarkan jaringan kerjasama antara agensi Kerajaan dan Swasta serta penglibatan NGO Belia, Sukan dan Gabungan Majlis Persatuan-persatuan Penduduk sekaligus mengukuhkan keharmonian dan kesejahteraan komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program yang dianjurkan secara mingguan ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua, termasuklah wanita dan warga emas seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Ia akan diadakan secara mingguan di 43 buah PPR/ PA seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula bulan Mac hingga Disember 2024.

Artikel lain: KBS Komited Pupuk Ekosistem E-Sukan, Mahu Anjur Lebih Banyak Kejohanan Dunia

KBS lancar program senamrobik, menteri ikut serta bersenam

Dapat dilihat Menteri KBS turut bersama-sama mengikuti senam robik sewaktu majlis pelancaran yang juga dihadiri oleh Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Encik Mohd Nizam Ismail.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd