Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KBS Laksana Pelepasan Cukai Bagi Latihan Sukan – Hannah Yeoh

Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan yang akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, perbelanjaan yang dibenarkan adalah untuk kegunaan atau manfaat diri sendiri, suami atau isteri dan juga anak.

Foto: FB Hannah Yeoh

“Jenis pelepasan cukai individu berkaitan perbelanjaan sukan yang layak dituntut adalah seperti pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 tetapi tidak termasuk basikal dua roda bermotor.
“Selain itu, bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan, bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan dan yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan,” katanya.

Foto: Media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, syarat pelepasan cukai bagi yuran menyertai latihan sukan adalah skop baharu untuk perbelanjaan yang dibuat oleh individu mengikut beberapa kriteria latihan sukan yang layak mendapat perlepasan tersebut bermula pada tahun 2024.

“Antaranya latihan secara one-off atau bersiri yang diadakan secara berstruktur seperti kelas, klinik, kursus, bengkel dan sebagainya. Kedua, jenis sukan adalah seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997.
“Penyedia latihan mestilah persatuan, kelab sukan dan syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan perbelanjaan bagi yuran latihan sukan dibuktikan dengan resit pembayaran termasuk resit yang dijana secara dalam talian,” ujarnya.

Foto: Media sosial

Hannah juga menasihati orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu sama ada penyedia latihan yang ingin disertai mematuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan agar mereka layak untuk mendapat pelepasan cukai ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd