Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bukan Sekadar Di Sekolah, Kawalan Internet Bermula Di Rumah

Kempen Internet Selamat yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dilihat sebagai langkah awal yang positif, namun masih terdapat beberapa kelemahan ketara dalam pelaksanaannya.

Kawalan internet bermula di rumah

Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Felo Pelawat Cornell University, Dr. Norhafiza Mohd Hed berkata, program ini masih terlalu bertumpu kepada pelajar dan sekolah, sedangkan kawalan utama penggunaan internet bermula dari rumah.

Kawalan internet

Foto: MCMC

“Kempen ini sebenarnya satu inisiatif awal yang wajar dipuji kerana ia berpotensi membina kesedaran awam tentang keselamatan siber. Tapi sukar untuk kita ukur keberkesanannya kerana tiada indikator yang jelas,” katanya kepada Borak Daily.

Beliau berkata, peranan ibu bapa dan komuniti kurang diberi perhatian, menjadikan kempen ini dilihat lebih reaktif daripada preventif.

“Apa yang pelajar perlukan ialah pembangunan kurikulum pendidikan digital yang lebih formal dan berterusan. Bukan sekadar program intervensi jangka pendek,” ujarnya.
Kawalan internet

Foto: Carian Google

Dalam pada itu, Dr Norhafiza turut menyentuh pelaksanaan lesen ASP (C) di bawah Akta 588 yang bertujuan mengawal penyedia perkhidmatan internet dan platform media sosial.

“Langkah ini penting terutama untuk melindungi kanak-kanak. Tapi dari segi penguatkuasaan, kerajaan akan berdepan kekangan teknikal dan sumber manusia. Malah, isu ketelusan data dari syarikat luar negara juga jadi cabaran besar,” jelasnya.
Kawalan internet

Foto: Dr. Norhafiza Mohd Hed

Menyentuh mengenai pengenalan Kod Etika atau Code of Conduct (CoC), beliau mengalu-alukan inisiatif  tersebut tetapi menegaskan ia bukan satu peraturan yang mengikat secara undang-undang.

“CoC ini hanya akan berjaya jika ada mekanisme pemantauan konsisten, laporan pematuhan berkala, penalti yang jelas, atau kerajaan boleh gubal versi undang-undangnya sendiri seperti yang dibuat di Vietnam,” tegasnya.

Beliau turut memuji Deklarasi Kuala Lumpur oleh ASEAN sebagai satu komitmen serantau ke arah ekosistem digital yang lebih selamat dan inklusif, namun menggesa supaya deklarasi itu diterjemahkan kepada satu Pelan Tindakan ASEAN yang praktikal dan disokong oleh syarikat teknologi global.

Artikel lain: Pemandu, Penunggang P-Hailing Boleh Nikmati Internet Serendah RM33 Mulai Hari Ini

Dalam konteks ASEAN Toolkit for Online Safety, Dr. Norhafiza menyarankan ia disesuaikan mengikut keperluan tempatan, seperti demografi, sensitiviti budaya dan tahap literasi siber.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kawalan internet

Foto: MCMC

“Kita boleh tiru pendekatan EU melalui Better Internet for Kids (BIK). Tapi untuk ASEAN, perlu ada terjemahan bahasa tempatan, projek rintis, versi digital mesra pengguna dan sistem pemantauan yang seragam,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang penggunaan chatbot AIFA oleh Sebenarnya.my untuk verifikasi maklumat, beliau menyifatkan ia sebagai inisiatif baik tetapi masih tidak cukup proaktif.

“Sekarang pengguna kena cari AIFA. Sepatutnya kita bawa AIFA kepada mereka, integrasi ke dalam TikTok, WhatsApp, Facebook, dan promosikan secara aktif di sekolah,  institusi pendidikan tinggi (IPT) dan komuniti,” jelas beliau.

Pada masa sama, beliau juga mencadangkan agar AIFA diperluas kepada pelbagai bahasa seperti Mandarin, Tamil dan dialek etnik lain serta digabungkan dengan usaha serantau untuk semakan fakta rentas sempadan.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd