Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kasihan Rider Makanan, Hanya Raih RM20 Sehari Gara2 Kempen Boikot

Ekoran kempen boikot yang dilakukan oleh rakyat tempatan yang dikaitkan dengan Israel sejak dua minggu lalu, ratusan penghantar makanan di Terengganu dan Kelantan telah terkesan dalam mencari rezeki.

Menurut laporan Kosmo, mereka mengeluh apabila kempen tersebut telah menyebabkan penurunan tempahan makanan lebih 50 peratus terutamanya ketika waktu puncak.

Rider makanan raih RM20 sehari

Artikel lain: Grab Malaysia Simpati, Sumbang RM 1 Juta Untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza

Seorang penghantar makanan, Raja Ghadaffi Raja Sulaiman, 40, dari Terengganu memaklumkan sejak dua minggu lalu pendapatannya terjejas teruk sehingga memperolehi upah menghantar makanan purata RM20 sehari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini, saya boleh menerima tempahan menghantar makanan hampir setiap jam bekerja, malah bertalu-talu pada waktu puncak ketika kakitangan pejabat sedang berehat antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang.
“Sekarang ini, tiga jam me­nunggu pun belum tentu terima tempahan. Saya terpaksa berpindah-randah ke beberapa lokasi di bandar raya ini dengan harapan mendapat pelanggan,” katanya.

Raja Ghadaffi percaya kemerosotan tersebut disebabkan oleh majoriti tempahan menghantar makanan sebelum ini diterima daripada restoran makanan segera yang mempunyai kaitan dengan Yahudi susulan konflik diantara Israel-Palestin sejak 7 Oktober lalu.

Selain itu, Mohd. Saiful Ibrahim, 36, dari Kota Bharu, Kelantan yang bekerja sebagai pemandu e-hailing memberitahu kebiasaannya akan mendapat kira-kira 15 pelanggan sehari untuk selama enam jam bekerja.

Bagaimanapun, dia kini hanya memperoleh tiga hingga empat pelanggan apabila menjalankan perkhidmatan itu di sekitar daerah ini dalam tempoh yang sama sejak Sabtu lalu.

“Sebelum ini, saya akan mendapat keuntungan bersih dengan membuat e-hailing sebanyak RM120 hingga RM150 sehari. Kini, mahu dapat RM50 sehari pun susah kerana tiada pelanggan.
“Pemandu e-hailing di Kota Bharu ketika ini tertumpu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk mencari pelanggan dalam kala­ngan pelancong. Jika hanya berada di pusat bandar, memang tiada langsung pelanggan,” ujarnya.

Saiful Ibrahim mengakui keadaan itu paling memeritkan buatnya sepanjang mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing sejak enam tahun yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia turut bimbang jika kempen tersebut berterusan dalam satu jangka masa yang lama kerana ia boleh menjejaskan punca pendapatannya.

Sumber: Kosmo (Mohd Azli Adlan, Muhammad Ayman Ghaffa)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd