Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kasihan Nasib 3 Cucu, Ibu Minta Virgoun Berbaik Semula Dengan Inara

Ibu kepada penyanyi terkenal Indonesia, Virgoun iaitu Eva Manurung meminta anak lelakinya itu berbaik semula dengan Inara dan batalkan niat untuk bercerai.

Menurut laporan mStar, Eva membuat permintaan tersebut selepas mengenang nasib tiga orang cucunya jika Virgoun dan Inara sah bercerai, tidak lama lagi.

“Kalau mereka masih nak bersama syukur. Saya juga berharap mereka dapat berbaik demi anak-anak yang masih kecil. Tapi kalau penceraian adalah jalan terbaik, saya juga tidak boleh melakukan apa-apa,” katanya.

Bukan itu sahaja, Eva turut mendedahkan dia telah cuba memujuk Virgoun agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru yang mahu memfailkan penceraian terhadap Inara.

“Saya harap mereka mereka fikir sedalam-dalamnya sebelum ambil keputusan untuk berpisah. Saya juga sudah memujuk anak saya. Tapi dia kata maruahnya tercalar disebabkan pendedahan Inara,” kongsinya lagi.

Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.

Sumber: mStar

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd