Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kakak-Adik Lelaki Kantoi Sumbang Mahram Selepas Buang Bayi Belakang Rumah

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang mahram membabitkan dua beradik bawah umur.

Menurut laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan adalah hasil hubungan terlarang seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan adik lelakinya.

bayi

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, kelahiran bayi itu dipercayai berlaku secara rahsia sebelum suspek bertindak meninggalkannya sejurus selepas dilahirkan.

“Bayi tersebut kemudiannya ditemui oleh seorang penghuni rumah di kawasan berkenaan sebelum laporan polis dibuat,” katanya.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan perintah reman terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan lanjut.

“Mahkamah membenarkan tahanan reman bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kes ini,” ujarnya.

Artikel lain: Juruteknik Didakwa 52 Pertuduhan Sumbang Mahram, Amang Seksual Dan Rakam Gambar Privasi Anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan berkaita perbuatan sumbang mahram iaitu hubungan seks antara individu yang dilarang berkahwin mengikut hukum agama.

Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara tidak kuran enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Md Sani berkata, perbuatan membuang anak yang tidak berdosa adalah satu tindakan tidak berperikemanusiaan, bercanggah dengan ajaran agama dan menafikan hak bayi untuk hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

bayi

Sehubungan itu, beliau menasiahatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau memberi spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Orang ramai diminta agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab serta tidak mengatakan sebarang maklumat tidak tepat di media sosial berkaitan kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, kejadian penemuan tersebut tular di media sosial pada Ahad. Bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Sosial

Seorang wanita tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas didapati memiliki senjata berbahaya iaitu pisau ketika berlangsungnya malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd