Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kantoi Buat ‘Projek’ Atas Jejantas, Dua Lelaki & Seorang Wanita Ditahan

Tidak dinafikan, kebanyakan orang zaman sekarang bersikap terbuka dalam melakukan apa-apa hal termasuk aib masing-masing sehingga tular di media sosial seperti berlaku di Thailand.

Aksi ‘sedap’ waktu siang

Bagaimanapun, aksi tiga individu iaitu dua orang lelaki dan seorang wanita Thailand yang melakukan hubungan intim di atas jejantas membawa padah apabila berjaya dicekup oleh pihak polis.

Memetik laporan The Thaiger, ketiga-tiga individu itu ditahan oleh polis wilayah Phitsanulok atas kesalahan melakukan ‘aksi sedap’ pada siang hari.

Gilir-gilir ‘sedap’

Susulan foto tular itu, pegawai polis dari Balai Polis Mueang Phitsanulok segera memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenalpasti identiti ketiga-tiga suspek yang melakukan kegiatan ‘seks’ pada waktu siang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, polis mengatakan ia turut terakan mereka melakukan aksi bergilir-gilir di atas jejantas berkenaan.

Hasil tinjauan di lokasi kejadian, polis menemui dua bantal dan sehelai selimut di atas jejantas berkenaan namun tiada seorang pun kelihatan di situ.

Tidak terhenti di situ, pihak polis terus menjejaki keberadaan ketiga-tiga suspek sehinggalah dapat diberkas pada keberikutan harinya.

Difahamkan, mereka adalah gelandangan dan penagih yang mengambil makanan terlarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mereka dikenakan didenda 500 (RM63.75) baht bagi setiap seorang sebelum dibebaskan dan didakwa melanggar 397 Undang-undang Jenayah di mana bertindak dengan cara menganggu, menyebabkan penghinaan atau menganggu orang lain dna boleh dikenakan denda sehingga 5,000 baht.

https://www.facebook.com/prd4radio/posts/581022370734650

Sumber: TheThaiger, FB สวท.พิษณุโลก

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd