Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak2 Dipercayai Mangsa Dera Ditinggal Tepi Jalan, Badan Ada Kesan Cedera

Sejak semalam, tular di media sosial satu posting di aplikasi TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan telah ditinggalkan di tepi jalan.

Menerusi posting dibuat akaun TikTok D’BarohGarageMotorsports, pihak mereka orang ramai menularkan perkara tersebut memandangkan kanak-kanak berkenaan tidak dapat dikenalpasti identitinya.

 

Ditinggal bersendirian tepi jalan

Walaau bagaimanapun, menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan memaklumkan yang pihak mereka menerima laporan mengenai penemuan kanak-kanak terbabit daripada seorang lelaki kira-kira pukul 11.30 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, anak-kanak lelaki dipercayai warga asing dan mangsa dera ditemui bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran sebuah pangsapuri Cheras Utama, Batu 9 Cheras semalam.

“Pengadu berusia 36 tahun memaklumkan menjumpai kanak-kanak lelaki duduk berseorangan tanpa penjaga di tepi jalan simpang tiga berkenaan.
“Kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dan pengadu turut menemui beberapa kesan kecederaan pada tubuh, tangan dan dahi kanak-kanak terbabit,” katanya.

Mungkin bukan warganegara Malaysia

Tambah Zaid lagi, kanak-kanak terbabit dipercayai warga asing. selepas pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.

Dokumen  pengenalan diri mengatakan dia warganegara Malaysia juga tidak ditemui ketika kanak-kanak berkenaan dibawa ke alai Polis Batu 9 oleh anggota polis Ronda Cegah Jenayah (RCJ).

“Kami mengesyaki mangsa merupakan anak warga negara asing kerana tiada mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
“Mangsa dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang dan dilaporkan berada di dalam keadaan sihat serta stabil.
“Mangsa kini dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat,” ujarnya.

Terdahulu, video berkenaan kanak-kanak tersebut telah tular di media sosial selepas ada pihak memuat naik semula ke laman Twitter.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang badan mangsa mengalami kecederaan dan dipercayai didera sebelum ditinggalkan bersendirian di tepi jalan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok D’BarohGarageMotorsports, Kosmo! (Tuan Hidayah Tuan Ab Ghani), Twitter @Tfsgxy_

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd