Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Tiga Tahun Meninggal Dunia, Mangsa Terbaharu Kes Strok Haba

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah meninggal dunia akibat strok haba.

Foto : Berita Harian

Menerusi laporan Bernama, NADMA memaklumkan bahawa terdapat satu kematian di Kelantan yang melibatkan seorang kanak-kanak tiga tahun disebabkan oleh strok haba pada Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut merupakan kematian baharu selepas kes yang sama meragut nyawa membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun di Pahang, Februari lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan ringkas tersebut, NADMA berkata terdapat peningkatan sebanyak 37 kes yang melibatkan cuaca panas dengan pecahan kes seperti strok haba, kelesuan haba dan kejang haba sepanjang pemantauan dilakukan sehingga 3 April.

Foto : Agenda Daily

“Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes), dan kes kejang haba (satu kes),” katanya.

Jelasnya lagi menerusi laporan yang dipetik daripada Kementerian Kesihatan (KKM), meskipun kes lain telah sembuh, namun masih terdapat dua kes yang masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Terdapat dua kes masih mendapat rawatan di hospital, iaitu masing-masing satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kelesuan haba di wad biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, laporan turut menyatakan jumlah kes strok haba mengikut pecahan negeri iaitu lapan kes di Perak dan Kedah, Johor (lima), Negeri Sembilan (empat), Sabah (empat), Selangor (tiga), Perlis (dua) dan satu di Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Sumber : BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd