Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kali Pertama Makan Nasi Lemak, Mat Salleh Kunyah Sekali Dengan Daun Pisang

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki ‘mat salleh’ menikmati nasi lemak sehingga kunyah daun pisang yang digunakan membungkus hidangan itu dalam sebuah temu bual bersama pemain Dota 2.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @ogesportsofficial, akaun itu telah memuat naik satu video memaparkan beberapa orang lelaki sedang mencuba nasi lemak.

@ogesportsofficial

HOW to eat a NASI LEMAK feat. Slacks, Ceb & Mushi 🤣 FUNNIEST SEGMENT EVER 🤣 #dota2memes #dota2 #dota2wtf #dota2watafak #dota2omg #dota2highlights #nasilemakviral #nasilemak #malaysia #eslonemalaysia #ogesports #dreamog #mushi #funny #funnyvideos

♬ original sound – ogesportsofficial – ogesportsofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nasi lemak tersebut telah dibawakan khas untuk hos dan tetamu The Monkey Business Show bagi merasa hidangan popular Malaysia itu kerana rancangan berkenaan dirakam di negara ini.

Pada awalnya, hos temu bual itu yang juga merupakan pemain dan penganalisis Dota 2, Lizzard kelihatan ragu-ragu untuk mencuba hidangan itu namun tetap menyuapnya ke dalam mulut.

Manakala, pemain Dota 2 dari Perancis, Ceb pula menghidu hidangan itu sebelum menyuapkannya ke dalam mulut tanpa ragu-ragu.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila hos bersama temu bual itu, Slacks memakan nasi lemak bersama-sama daun pisang yang membalut hidangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Enggan Simpan Dendam, Ibu Zaharif Berlapang Dada Maafkan Pelaku

Sebaik sahaja menyuapkan nasi lemak tersebut bersama daun pisang, para penonton program tersebut mentertawakan Slacks.

Mushi, pemain Dota 2 dari Malaysia turut terkejut dengan tindakan Slacks yang memakan daun pisang itu walaupun Lizzard dan Ceb terang-terangan menggunakan sudu.

Mat salleh kunyah sekali dengan daun pisang

Slacks kelihatan sedikit bergelut dengan hidangan itu sebelum diberitahu bahawa dia tidak sepatutnya memakan nasi lemak bersama daun pisang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa? Saya makan daun? Saya ingatkan boleh makan?” katanya.

Ceb dan Mushi turut mentertawakan pengacara bersama itu selepas menyedari tindakannya dan kemudian memberitahu daun pisang itu tidak sepatutnya dimakan.

“Saya minta maaf, saya tak beritahu awak daun pisang itu untuk apa. Saya ada sediakan sudu dan garfu untuk awak” ujar Mushi sambil tertawa.

Ceb yang duduk bersebelahan dengan Slack pula menerangkan bahawa daun pisang itu diguna sebagai alas kepada hidangan tersebut.

“Daun ini untuk sokong nasi lemak sahaja, awak tak sepatutnya memakannya. Saya pun tahu perkara itu,” kata Ceb.

Selepas ditegur, Slack turut tertawa dengan kesilapan dirinya dan kemudian memakan hidangan itu dengan cara yang betul menggunakan sudu.

Tonton temu bual penuh di:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok & YouTube @ogesportsofficial

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd