Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Enggan Simpan Dendam, Ibu Zaharif Berlapang Dada Maafkan Pelaku

Ibu kepada Muhammad Zaharif iaitu Mimi Julia Ismail meluahkan rasa sebak selepas dua minggu anaknya itu meninggalkan keluarga yang maut dilanggar pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mimi di laman TikToknya, dia memberitahu sudah kembali memulakan perniagaan dengan kekuatan yang ada namun, terasa hiba apabila terkenang dengan nasib yang menimpa anaknya sebelum ini.

Ibu Zaharif

Artikel lain: Ahli Perniagaan Tawar RM5000 Kepada Pihak Miliki Bukti Kes Zaharif

“Muhammad Zaharif Affendi, hari ini genap 13 hari adik mat tinggalkan ibu, hari ini juga Allah bagi kekuatan dekat ibu dan abah untuk kembali menjemput rezeki di kedai kita “RESTORAN MIMIZ”
“Ibu dan abah cuba sibukkan diri tapi ibu tak kuat. Sayu hati ibu bila terpandang tempat kejadian, terbayang bayang kesakitan yang adik mat alami.
“Kalau boleh ibu nak gantikan kesakitan adik mat tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu nak.
“Sungguh bertapa rapuhnya hidup kita, kematian tak mengira masa, situasi, muda ataupun tua. Tiada sesiapa yang dapat menduga saat kudrat dan kesihatan yang baik tiba tiba ajal datang menjemput,” ujarnya.

Bagaimanapun, wanita yang berusia 51 tahun itu reda dengan takdir yang ditetapkan Allah memandangkan kehidupan mesti diteruskan walau apa jua yang berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia terbuka hati untuk memaafkan suspek kerana enggan untuk terus menyimpan dendam yang hanya membuatkan emosi menjadi tidak stabil.

“Ibu redha dengan pemergianmu, hidup ibu dan abah juga hanya tinggal saki baki yang ibu sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir.
“Sememangnya kadang kadang hati ibu rasa kecewa, sakit hati, sedih dan marah pada si pelaku tapi ibu kuatkan hati untuk memaafkan saja. Ibu tidak mahu berdendam kerana itu lebih menyakitkan.
“Ibu berjanji untuk menjadi orang yang memberi manfaat pada orang lain, ibu berjanji untuk bahagia dan membahagiakan orang lain kerana ibu tidak tahu bila saat ibu akan pergi menghadap si dia. Tunggu ibu disana ya sayang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Mimi mendoakan kematian anak lelakinya itu dalam keadaan husnul khatimah selain berharap terus kuat meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Sumber: TikTok @Mimi Julia Ismail

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian...

Spotlight

Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga...

Lokal

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat...

Lokal

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd