Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kadar Bayaran Haji B40 RM12,356 & M40 RM19,152 – TH

Kadar Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 ditetapkan pada RM12,356 seorang, manakala kumpulan M40 pula RM19,152 untuk musim haji 1445H/2024M.

Menurut laporan Kosmo! Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman berkata, kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah meningkat lapan peratus iaitu RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.

Foto: Harian Metro

Syed Hamadah berkata, kadar ini dibuat selepas mengambil kira keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 yang mana kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tarikh Janji Temu Psikiatri Adalah Berdasarkan Keadaan Pesakit – HKL

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

Kadar Bayaran Haji B40 RM12,356 & M40 RM19,152

Foto: The Malaysian Reserve

“Manakala, bayaran haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula bakal menerima bantuan berjumlah RM19,152.
“Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang, iaitu 42 peratus dari kos keseluruhan haji,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, kumpulan T20 pula akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.

Sumber: Kosmo! Online (Siti A’isyah Sukaimi & Amiesha Abadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd