Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Juruterbang & Pembantu Tertidur 28 Minit, Laluan Batik Air Berubah Arah

Seorang juruterbang & pembantu juruterbang  tertidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.

Laporan didedahkan KNKT Indonesia

Menerusi laporan AFP, kejadian itu didedahkan dalam laporan awal oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia.

Juruterbang & pembantu tertidur serentak

Menurut laporan tersebut, kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten pesawat meminta kebenaran daripada pembantu juruterbang untuk berehat seketika susulan salah seorang juruterbang tidak berehat secukupnya pada malam sebelum penerbangan.

Disebabkan itu, pembantu juruterbang berkenaan kemudiannya mengambil alih pesawat, namun secara tidak sengaja turut tertidur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Juruterbang kedua itu mempunyai bayi kembar sebulan. Isterinya menjaga bayi itu dan dia membantu semasa di rumah,” kata laporan berkenaan.

Juruterbang & pembantu tertidur, hilang komunikasi dari pusat kawalan udara

Difahamkan, beberapa minit setelah penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan oleh pembantu juruterbang, pusat kawalan udara di Jakarta gagal menghubungi pesawat itu.

“Dua puluh lapan minit selepas penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan, juruterbang itu bangun dan menyedari pembantu juruterbangnya sedang tidur dan pesawat itu tidak berada di laluan penerbangan yang betul.
“Dia segera membangunkan rakan sekerjanya, menjawab panggilan dari Jakarta dan membetulkan laluan penerbangan,” kata laporan itu lagi.

Oleh itu, KNKT menggesa Batik Air mewujudkan prosedur terperinci untuk menjalankan pemeriksaan kokpit yang betul dan berkala serta memastikan juruterbang dan kru kabin berehat dengan baik sebelum penerbangan mereka.

Untuk rekod, seramai 153 penumpang pesawat Airbus A320 dan empat pramugari menaiki penerbangan selama dua jam 35 minit itu yang dikelola oleh juruterbang serta pembantu berusia 32 dan 28 tahun.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pesawat mendarat dengan selamat pada tarikh berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: AFP, X GerryS

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd