Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Perak Lelong 50 Kenderaan Disita, Kutip Hasil RM129,800

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan RM129,800 hasil daripada lelongan 50 kenderaan pelbagai jenis yang disita di Pejabat JPJ negeri, Ipoh.

Menerusi satu laporan Kosmo!, Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab Aziz Awang Teh berkata, seramai 98 pembida telah mengambil bahagian dalam lelongan yang diadakan bermula pukul 9 pagi tadi.

Foto: The Star

“Bidaan tertinggi melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan nilai lelongan RM25,300 manakala motosikal kapcai jenis Honda C70 pula dibida dengan nilai RM50.
“Bagi siri lelongan kali ini melibatkan 13 buah kereta, 28 buah motosikal, sebuah van, empat buah lori, dua buah bas dan masing-masing sebuah pikap dan semi treler.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 24 buah kenderaan tidak boleh dilesenkan dan lapan buah kenderaan klon,” katanya.

Ab Aziz berkata, jumlah keseluruhan harga rizab adalah RM61,400 bagi lelongan awam pada kali ini, di mana harga paling tinggi sebanyak RM22,400 manakala yang paling rendah pula ialah RM50.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

“Pembida yang berjaya membida kenderaan perlu menyelesaikan urusan pertukaran hak milik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras dengan Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Dokumen lelongan Awam telah mula dijual mulai 22 Julai hingga 26 Julai lalu dengan harga RM70 senaskah dan bagi pemeriksaan awam pula, JPJ telah membuka pagar kepada pembida pada tarikh yang sama,” jelas beliau.

Untuk makluman, pembida yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman web rasmi JPJ melalui https://jpjebid.jpj.gov.my.

Sumber: Kosmo! (Asliza Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd