Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengesan 18 kes penumpang bas ekspres dan bas persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar dalam satu operasi khas yang dijalankan semalam.

JPJ kenakan kompaun

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam memaklumkan pemeriksaan melibatkan 18 buah bas, terdiri daripada 14 bas ekspres dan empat bas persiaran dan hasil pemeriksaan mendapati dua daripada kesalahan tersebut melibatkan individu di bawah usia 18 tahun dan hanya diberikan nasihat serta advokasi.

jpj

Foto: Berita Harian

Sementara itu, 16 penumpang dewasa dikenakan kompaun sebanyak RM300 setiap seorang.

“Bermula hari ini (semalam), JPJ Kedah melaksanakan penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.
“Ia selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-kanak) 1978 Pindaan (2008),” katanya.

Artikel lain: JPJ Ambil Tindakan, Saman Dua Pemandu Bas Tular Di TikTok

Beliau turut menjelaskan bahawa penumpang boleh membuat aduan kepada pemandu sekiranya tali pinggang keledar dalam keadaan rosak atau tidak berfungsi sebelum perjalanan bermula.

Advertisement. Scroll to continue reading.
jpj

Foto: Carian Google

Tambahnya lagi, pengusaha bas juga mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan aspek keselamatan dipatuhi.

Bas yang mula beroperasi selepas 1 Januari 2020 diwajibkan untuk dilengkapi dengan tali pinggang keledar, manakala bagi bas yang dibina sebelum tarikh tersebut, penyediaan kemudahan tali pinggang keledar amat digalakkan.

Sumber: Berita Harian Online (Zuliaty Zulkiffli)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Bisnes

Genting Malaysia Bhd akhirnya mengesahkan bahawa caj akan dikenakan kepada semua kenderaan yang menggunakan Jalan Genting Highlands, dengan tarikh pelaksanaan akan diumumkan kemudian. Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd