Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Rekod Lontar Peluru Kebangsaan Berusia 12 Tahun Berjaya Dipecahkan Jonah Chang

Atlet muda olahraga negara, Jonah Chang Anak Rigan telah mencipta kejutan apabila memecahkan rekod lontar peluru kebangsaan yang sudah berusia 12 tahun dalam Kejohanan Balingan Asia 2023.

Duduki tempat kelima dalam kejohanan

Memetik laporan dari Kosmo! Jonah berjaya membuat lontaran dengan catatan 17.67 meter (m) sekali gus memegang rekod baharu Malaysia walaupun menduduki tempat kelima dalam kejohanan yang berlangsung di Korea Selatan tersebut.

rekod lontar peluru

Rekod lontar peluru negara diperbaharui

Ia sekali gus memadamkan rekod kebangsaan yang telah dicatatkan oleh Adi Alifuddin Hussin dengan balingan 17.54m yang dilakukan ketika Sukan SEA Palembang, Indonesia pada 2011.

rekod lontar peluru

Artikel lain: Azeem Fahmi Raih Gangsa 100M Sukan Asia, Tamatkan Kemarau Pingat 41 Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menarik, Jonah yang berusia 20 tahun telah memecahkan rekod sebanyak dua kali apabila balingan pertama sudah melepasi rekod dengan catatan  17.64m dan memperbaharuinya pada percubaan terakhir menerusi jarak 17.67m.

Menerusi kejohanan tersebut, pingat emas bagi acara itu dimenangi atlet China, Zhang Haochen menerusi catatan 19.21m, manakala perak menjadi milik peserta Jepun, Jason Atuobeng (18.56m) dan Ivan Ivanov dari Kazakhstan meraih gangsa (18.29m).

Sumber: Kosmo! (Muhammad Zuhaily Badlishah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd