Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jin Tamat Latihan Tentera, BTS Buat Reunion! Peminat Hairan Mana Suga?

Ahli tertua BTS, Jin akhirnya menamatkan latihan ketenteraan sekali gus menjadi ahli pertama yang telah mendaftar masuk pada Disember 2022 yang lalu.

Memetik artikel Koreaboo, Jin secara rasmi hari ini menamatkan perkhidmatan tenteranya sebagai askar bertugas aktif di Divisyen Infantri ke-5 di Yeoncheon, Gyeonggi-do.

Foto: Soompi

Dalam pada itu, walaupun tiada acara yang berasingan, ahli-ahli yang lain dilihat menggunakan hari cuti mereka untuk bertemu semula bagi meraikan hari bersejarah buat Jin atau nama penuhnya Kim Seok-jin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi gambar yang beredar, ahli-ahli dilihat mengucapkan tahniah kepada Jin dengan cara mereka sendiri, seperti RM yang asyik bermain dengan saksofon istimewa.

Foto: Soompi

Namun begitu, peminat menyedari bahawa seorang ahli tidak datang pada hari bersejarah itu iaitu Suga, yang kini sedang berkhidmat sebagai pekerja khidmat sosial, dijangka akan bertemu semula dengan ahli yang lain di bangunan HYBE.

Terdahulu, pihak pengurusan BigHit Entertaiment melarang kehadiaran peminat ke kem atas faktor keselamatan. Selepas Jin, J-Hope pula dijadualkan bakal menamatkan latihan ketenteraan pada Oktober ini kemudian diikuti oleh ahli yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk perkembangan karier mereka, kesemua anggota BTS dijangkakan kembali semula dalam industri menjelang 2025.

Sumber: Soompi

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd