Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jin BTS Dedah Tom Cruise Ajak Kolaborasi, Muncul Dalam Program ‘Run Jin’

Jin BTS Dedah Tom Cruise Ajak Kolaborasi

Anggotan kumpulan BTS, iaitu Jin mengejut peminatnya minggu lalu apabila menjemput pelakon terkenal Tom Cruise sebagai tetamu undangan dalam rancangan ‘Run Jin’.

Jin BTS Dedah Tom Cruise Ajak Kolaborasi

Jin BTS Dedah Tom Cruise Ajak Kolaborasi

Foto: IDOL INSIGHTS

Memetik laporan Allkpop, Tom yang tiba di Korea bagi mempromosikan filem terbarunya iaitu Mission: Impossible The Final Reckoning bersetuju dengan menawarkan diri terlebih dahulu untuk menjadi tetamu jemputan bagi program realiti tersebut.

Jin mendedahkan bahawa pihak Tom pada mulanya menghubunginya, bertanyakan sama ada pelakon itu boleh muncul sebagai tetamu ataupun tidak dalam rancangan ‘Run Jin’ dan mengetahui perkara itu, Jin menganggap ia sebagai satu peluang keemasan baginya.

Jin BTS Dedah Tom Cruise Ajak Kolaborasi

Foto: The Hollywood Reporter

Bukan itu sahaja, Jin turut memberitahu bahawa dia berpeluang menonton tayangan khas filem Mission: Impossible secara lebih awal sebelum ia mula ditayangkan secara rasmi di pawagam.

Sementara itu, Tom baru-baru ini menyatakan rasa kagumnya terhadap BTS dan Jin menyebabkan pelakon hebat itu berharap dapat berada dalam rancangan Run Jin.

“BTS sangat berbakat, sangat berbakat. Seronok untuk ditonton, dan mereka bekerja keras. Itu satu bakat yang luar biasa. Ia sangat hebat.” kata Tom dalam satu temu bual, baru-baru ini.

Artikel lain: Cium Pipi Jin BTS, Wanita Jepun Usia 50-an Bakal Didakwa Di Mahkamah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, Run Jin ialah sebuah rancangan realiti yang dihoskan sendiri oleh Jin selepas kembali dari latihan kententeraan dan ia diinspirasikan sebahagiannya daripada rancangan popular BTS sebelum ini, Run BTS.

Sumber: Allkpop

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd