Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemandu Van Dedah Teringat-Ingat Bau Harum Jenazah Penuntut UPSI -“Teramat Wangi”

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Pemandu van kongsi pengalaman bawa jenazah penuntut UPSI

Memetik perkongsian daripada Facebook Najmuddin Azman, seorang pemandu van jenazah yang membawa salah seorang penuntut UPSI iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman telah berkongsi tentang apa yang dialami sewaktu menguruskan allahyarham.

Jenazah penuntut UPSI seorang hafizah

Nurly Shahirah yang juga seorang hafizah dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan memeluk naskhah al-Quran hasil tulisannya sendiri.

Naskhah itu turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang hadir menziarahi keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas Pelajar UPSI: KP Kesihatan Kenang Jasa Petugas KKM – “Mereka Semua Luar Biasa”

Pemandu memang berniat bawa jenazah arwah

Dalam banyak perkongsian mengenai keperibadian Allahyarhamah, satu kisah yang benar-benar menyentuh hati datang daripada seorang pemandu van jenazah yang menguruskan penghantaran jenazah Nurly.

“Perkongsian pemandu van jenazah tentang arwah Nurly Shahirah semasa dibawa pulang. Katanya, semasa dalam perjalanan ke sana, pemandu ini memang berhajat untuk membawa arwah bersamanya.
“Ditakdirkan oleh Allah, beliau berpeluang membawa jenazah dan menurutnya jenazah arwah sangat-sangat harum, sukar digambarkan bauannya di dunia. Allah, Nurly… Hebatnya kau, dik. Amalan apa lagi yang kau buat, kami pun tak tahu, dik,” kongsi abang mangsa.

Bau haruman yang luar biasa

Menurut pemandu berkenaan, bau haruman yang menyelubungi van jenazah sangat luar biasa, hingga membuatkannya berkali-kali membuka pintu kenderaan bagi memastikan ia bukan sekadar perasaan.

“Saya tak pernah menghidu haruman seperti ini. Saya kenal bau van jenazah macam mana.
“Tapi kali ini, datang satu bauan yang sangat halus. Teramat wangi, sukar digambarkan. Satu aroma yang luar biasa,” katanya lagi.

Subahanallah, allahuakbar!

Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada netizen di media sosial apabila menyatakan amalan arwah yang menekuni al-Quran mungkin menjadi asbab kematiannya dimuliakan.

Kematian yang dicemburui

Ijazah tertinggi buat ibu dan bapa

penuntut upsi

Kisah ini menjadi bukti bagaimana keindahan akhlak dan amalan seseorang boleh meninggalkan kesan mendalam walaupun selepas pemergian.

Bau harum jenazah Allahyarhamah Nurly bukan sekadar tanda istimewa, tetapi juga pengajaran buat semua tentang nilai amal dan keikhlasan dalam hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Najmuddin Azman

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd