Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Perkenal Pemain Termahal Dalam Liga M Dengan Nilai RM15.2 Juta

Kelab bola sepak dari selatan Tanah Air hari ini memperkenalkan pemain termahal JDT, Jalil Elias menerusi media sosial rasmi mereka, JOHOR Southern Tigers sekaligus menjadi pemain import terbaru pasukan tersebut.

Akan isi kekosongan pemain import JDT

Difahamkan, kehadiran perancang tengah berusia 27 tahun akan mengisi kuota import Harimau Selatan setelah beberapa pemain import musim lalu dilepaskan termasuk Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/1814296542324323/

Pemain termahal JDT mampu beri keseimbangan pasukan

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah mengesahkan bahawa pemain tersebut akan menyertai Harimau Selatan pada bulan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehadirannya diharap mampu memberikan lebih keseimbangan di jentera penggerak pasukan JDT.

pemain termahal jdt

Pemain termahal JDT tak sabar dengan cabaran baru

Dalam hantaran pemain berkenaan di Instagram, dia menyatakan rasa teruja dengan cabaran baru yang bakal ditempuh bersama Harimau Selatan.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan yang sangat dia percayai ketika ini iaitu TMJ apabila memberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada JDT.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Jalil Elias (@jalilelias8)

Artikel lain: JDT Pasukan ‘Underdog’ Musim Depan, Ramai Lagi Akan Keluar Kelab – TMJ

Elias atau nama sebenarnya  Jalil Juan Jose Elias telah beraksi di beberapa kelab dan kelab terakhir disertainya sebelum ke JDT adalah San Lorenzo iaitu dari 2021 hingga 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, pemain dari Argentina itu merupakan pemegang status sebagai pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) dengan nilai tiga juta Euro (RM15.2 juta) buat masa kini.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tiger

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd