Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Janin Ditemui Dalam Lori Sampah, Empat Individu Dirakam Keterangan

Polis memaklumkan bahawa empat individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung penemuan satu janin di dalam lori sampah di Bukit Jalil semalam.

Terdapat kecederaan dibahagian perut janin

janin

Foto: Media Sosial

Artikel lain: Gugurkan Kandungan Guna Ubat Online RM600, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata janin berkenaan dipercayai berusia kira-kira 25 minggu berdasarkan pemeriksaan awal pihak forensik.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian perut, selain tengkorak pecah dan tali pusat didapati terputus,” katanya.
janin

Foto: Media Sosial

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terbabit serta punca kejadian, dan polis akan berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa.

Kes tersebut terbongkar apabila seorang pekerja syarikat pembersihan menemukan objek menyerupai bayi ketika sedang melakukan kerja memunggah sampah di bahagian belakang lori.

janin

Objek itu ditemui dalam keadaan seperti fetus dan dipercayai dipenuhi air buangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Amir Haikal Kamarudin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd