Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAKIM Nafi Jadi Punca Kelewatan Sijil Halal Kontrak Katering Hospital

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya menjadi punca kelewatan memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi kontrak katering bernilai RM25.64 juta di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menjelaskan siasatan mendapati kekeliruan timbul berhubung pegawai bertanggungjawab (PIC) dalam permohonan SPHM tersebut.

jakim

Foto: Sinar Harian

“Individu yang dianggap sebagai PIC sebenarnya merupakan pegawai syarikat katering, bukan daripada JAKIM. Difahamkan beliau sedang bercuti bersalin, dan pihak syarikat telah mencalonkan pengganti. Namun, pengganti tersebut perlu menjalani latihan terlebih dahulu sebelum boleh menjalankan tugas sebagai Eksekutif Halal,” katanya.

Artikel lain: Kontrak Katering RM25.6 Juta HCTM Diberi Kepada Syarikat Tiada Sijil Halal

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang mendedahkan syarikat bernombor pendaftaran 0267299-T telah dianugerahkan kontrak penyediaan makanan kepada pesakit di HCTM bermula Februari 2024 selama tiga tahun, meskipun tidak memiliki sijil halal daripada JAKIM ketika kontrak dianugerahkan.

Mengulas lanjut, Sirajuddin memaklumkan JAKIM telah mengadakan pertemuan bersama pihak hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memberikan penerangan berhubung proses permohonan sijil halal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
jakim

Foto: Kosmo!

“Langkah ini diambil bagi mengelakkan kekeliruan dan memperkukuh kefahaman terhadap prosedur pensijilan halal. Sebagai agensi pensijilan halal utama negara, JAKIM sentiasa memastikan semua urusan SPHM dilaksanakan secara telus dan berintegriti, selari dengan prinsip tadbir urus Malaysia Madani,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak hospital turut memberi jaminan akan mematuhi semua prosedur pensijilan halal yang ditetapkan demi kepentingan umat Islam.

jakim

“JAKIM komited untuk terus memainkan peranan mendidik, memberi penerangan serta memudah cara pematuhan halal kepada semua pihak. Kami sentiasa terbuka untuk memberikan penjelasan dalam usaha memperkasa kesedaran dan tanggungjawab masyarakat terhadap isu halal,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Khairil Anwar Mohd Amin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd