Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jangan Kelirukan Pengguna! JAKIM Tegaskan Istilah ‘Muslim Choice’ Bukan Penanda Halal Diiktiraf

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan bahawa penggunaan istilah seperti Muslim Choice atau apa-apa istilah seumpamanya yang diperkenalkan oleh mana-mana pihak, bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Muslim Choice tak diiktiraf

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, penggunaan istilah yang diperkenalkan oleh Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, terutamanya berkaitan status halal sesuatu produk atau premis.

MUSLIM CHOICE

Foto: Harian Metro

Menurutnya, MFW mendakwa tujuan penarafan Muslim Choice adalah untuk meyakinkan pengguna Muslim bahawa produk atau premis yang mendapat pengiktirafan mereka adalah berkualiti, bersih, selamat dan selari dengan prinsip Islam.

Artikel lain: JAKIM Nafi Jadi Punca Kelewatan Sijil Halal Kontrak Katering Hospital

Namun, JAKIM menasihatkan agar semua pihak tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, simbol, istilah atau kenyataan yang boleh menimbulkan tanggapan halal tanpa pengesahan rasmi daripada JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya JAKIM, MAIN dan JAIN yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta membenarkan penggunaan logo Halal Malaysia.
“Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah atau kenyataan yang membawa maksud halal oleh pihak selain JAKIM atau MAIN/JAIN adalah tidak sah dan menyalahi peraturan. Tindakan ini juga boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara serta mengelirukan pengguna Muslim,” katanya.
MUSLIM CHOICE

Foto: Harian Metro

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan MFW yang memperkenalkan pengiktirafan Muslim Choice kepada pengusaha yang memenuhi piawaian ditetapkan pertubuhan tersebut.

Sirajuddin turut memaklumkan bahawa JAKIM pernah mengadakan pertemuan dengan MFW pada 23 Ogos 2024 bagi menjelaskan bahawa pengiktirafan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pada pertemuan itu, JAKIM telah meminta MFW menghentikan aktiviti tersebut. Namun, berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak berkuasa agama negeri, pertubuhan itu dilaporkan masih meneruskan tindakan berkenaan,” ujarnya.

Sumber: Facebook @Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd