Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Pelanggan Dakwa Sos Cili Peket Dikenakan Caj, McDonald’s Lapor Polis

Baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang pengguna Facebook apabila mendakwa dikenakan bayaran untuk sos di restoran makanan segera terkenal, McDonald’s.

Pelanggan tularkan sos cili peket McDonald’s kena bayar

Dalam hantarannya, dia menyatakan perlu membayar  sos peket tambahan yang diminta memandangkan sos yang diberi oleh krew tidak mencukupi.

McDonald’s beri penjelasan

Susulan daripada itu, pihak McDonald’s telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan insiden yang berlaku di McDonald’s Taman Buaya.

Memetik laporan dari Kosmo! pihak McDonlad memaklumkan yang  krew bertugas ketika itu telah pun menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera selepas diminta individu terbabit, namun ia tidak meredakan keadaan, malah membuatkan pelanggan tersebut bertambah marah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas jalankan siasatan dalaman dan menyemak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kami dapati terdapat kesilapan awal di pihak kami di mana pelanggan secara tidak sengaja diberikan jumlah sos cili yang tidak mencukupi.
“Kakitangan kami kemudiannya menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera apabila diminta oleh pelanggan.
“Walau bagaimanapun pada ketika itu, pelanggan menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami,” katanya.

Pelanggan yang berkeras mahu bayar, paksa keluarkan resit

Tambah kenyataan itu lagi, pelanggan terbabit berkeras mahu membayar harga sos cili berkenaan walaupun sudah dijelaskan ia diberi secara percuma.

Pelanggan berkenaan juga meminta krew mengeluarkan resit untuk pembelian tersebut.

“Walaupun krew kami cuba jelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan itu dengan marah berkeras untuk dikenakan bayaran untuk 10 peket itu,”

McDonald’s lapor polis

Susulan daripada itu, McDonald’s Malaysia akui telah membuat laporan polis kerana sangat kecewa dengan tindakan pelanggan berkenaan memandangkan dia menyiarkan maklumat yang tidak tepat mengenai insiden tersebut di media sosial termasuklah menunjukkan keagresifan terhadap kakitangan yang bertugas ketika itu.

“Kami telah laporkan kejadian ini kepada polis untuk memastikan keselamatan kakitangan kami memandangkan tingkah laku agresif pelanggan.
“Kami ingin mengulangi bahawa McDonald’s Malaysia menawarkan semua pelanggan kami sos cili tanpa kos tambahan.
“Di samping itu, McDonald’s Malaysia memandang tinggi kakitangan kami sebagai barisan hadapan yang secara konsisten berusaha memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” jelas kenyataan berkenaan.

Sumber: Kosmo! 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd