Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Kontrak Suami Hannah Yeoh, PM Serah Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan

Isu penganugerahan kontrak yang diberikan kepada suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh diserahkan sebulatnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Memetik laporan Kosmo! Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sekiranya terdapat laporan berhubung isu terbabit maka, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dengan telus.

Foto: NST

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan tidak mempunyai sebarang masalah untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan ia merupakan kes biasa yang perlu disiasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Itu serah kepada pihak berkuasa. Kalau mereka ada (terima) laporan, mereka harus telus dalam siasatan. Kalau ada laporan, ada siasatan dan patut ada penjelasan dan apa prosesnya.
“Saya ingat itu harus dianggap sebagai satu kes biasa dan patut disiasat, saya tidak ada masalah,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan berkenaan dengan penganugerahan  kepada suami Hannah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd.

Berdasarkan laporan media yang diterima oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa kontrak berkenaan telah diserahkan kepada entiti lain yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan tugas dan tanggungjawab Hannah sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Foto: FB Hannah Yeoh

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan dua syarikat terpilih iaitu Asia Mobility Sdn. Bhd. dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. bagi projek sistem Van Demand-Responsive Transit (DRT).

“Dua syarikat itu dipilih Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT selepas berjaya membuktikan konsep berkenaan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Zulkifli Manzor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd