Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Berkaitan Kanak-Kanak Peluk Islam, Ucapan Firdaus Wong Disiasat

Pihak polis sedang menyiasat ucapan pendakwah bebas, Firdaus Wong berhubung video yang tular di media sosial apabila individu meminta nasihat daripadanya untuk menangani permintaan remaja bagi memeluk islam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail menyatakan bahawa terdapat empat laporan polis serta rakaman percakapan daripada tiga individu telah diterima oleh pihaknya.

Foto: Berita Harian

Shahrulnizam berkata, Firdaus telah dihubungi oleh pihaknya bagi merakam percakapan dan beliau bersedia untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ke atas TikTok yang dilihat oleh pengadu sudah dilakukan bagi tujuan mendapatkan pengendali dan pemiliknya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Firdaus mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak polis bagi merakam percakapan serta masih mengatur masa untuk ke IPD memandangkan jadualnya yang padat.

Foto: Free Malaysia Today

“Cuma buat masa ini saya belum berkesempatan untuk hadir memberi keterangan kerana jadual yang agak padat serta banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ke Eropah Julai ini atas tujuan dakwah.
“Saya sedang mengatur masa yang sesuai untuk memberi keterangan, cuma saya dimaklumkan laporan dibuat seorang individu namun tidak diberitahu secara spesifik berkaitan kes apa namun ada beberapa peguam yang mengeluarkan kenyataan berkaitan video TikTok ucapan mengenai cadangan memeluk Islam kanak-kanak,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd