Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia – “Mohon Maaf Arwah Ada Salah Silap”

Isteri kepada seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan telah meninggal dunia di Tumpat, Kelantan, sekitar jam 9 malam tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, pemilik nama Mohamad Izzudin Izhar, 34, itu berkongsi berita pemergian isterinya Nur Atiqah My Yusoff di aplikasi Whatsapp.

“Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi..saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” tulis Cikgu Din ringkas di Whatsapp.

Sebelum ini, kisah Cikgu Din tular di media sosial apabila dibelenggu resah dan harapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat pada Oktober lalu.

Malah, Cikgu Din dilaporkan sanggup berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu untuk menemani isteri sekali gus membuat permohonan pertukaran apabila keadaan isteri semakin memburuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lantaran itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengadakan perbincangan Bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan sebelum bersetuju untuk menempatkan Cikgu Din di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara.

Sumber: Buletin TV3 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd