Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Interaksi Lisa BLACKPINK Dan Mingyu SEVENTEEN Curi Perhatian Peminat

Lisa BLACKPINK dan Mingyu SEVENTEEN menyerikan acara Bulgari di Seoul pada 14 Mac lalu mencetuskan keterujaan yang luar biasa di kalangan peminat mereka.

Foto: Koreaboo

Dipetik menerusi artikel Koreaboo, apa yang menarik perhatian semua orang ialah apabila dua idola popular ini berinteraksi, berbual malah saling bergelak ketawa bersama di majlis yang bertemakan ‘koktail’ pada malam itu.

Foto: Koreaboo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai duta jenama antarabangsa, Lisa menyerlahkan keanggunan dalam gaun hitam yang menakjubkan, dilengkapi dengan solekan yang bersahaja, tatarias rambut yang menawan serta mengenakan barang kemas keluaran Bulgari.

Foto: Koreaboo

Sementara itu, Mingyu kelihatan kacak dengan persarungan sut hitam mewah, dipadankan dengan tank top hitam dan juga mengenakan aksesori perak dari jenama yang sama.

Keakraban antara kedua-dua penghibur berbakat pada malam tersebut telah mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada orang ramai menerusi platform media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua fandom yang dipanggil BLINKS dan Carat menggunakan media sosial, terutamanya di X untuk bercakap mengenai dinamik yang menawan antara kedua-dua idola itu.

Ramai menyifatkan ia sebagai pertemuan seperti mimpi serta terkejut kerana Lisa dan Mingyu seolah-olah seperti sudah berkawan lama tetapi tidak ditunjukkan kepada peminat, selain mengagumi bakat dan karisma yang ditunjukkan oleh Lisa dan Mingyu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Portal Koreaboo, Twitter @wonhaoverse

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Lokal

Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd