Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inspirasi Filem Avatar, Sukhoi Tampil Dengan Wajah Baharu Sebagai ‘Toruk Makto’ Di LIMA ’25

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperkenalkan wajah baharu pesawat pejuang Su-30MKM sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), dengan membawa gelaran ikonik ‘Toruk Makto’.

Menurut laporan Berita Harian, TUDM memaklumkan bahawa rekaan baru pesawat ini diinspirasikan daripada makhluk lagenda dalam filem Avatar, yang dikenali sebagai Toruk atau ‘The Last Shadow’.

Foto: Berita Harian

Dalam dunia fiksyen tersebut, gelaran ‘Toruk Makto’ diberikan kepada individu berjaya menunggang makhluk gagah itu sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang memiliki jiwa suci dan berani.

Mengambil semangat sama, pesawat Su-30MKM digambarkan bukan sekadar jentera perang, tetapi ibarat ‘makhluk besi’ yang memerlukan kemahiran, keberanian, dan ketulenan jiwa daripada juruterbangnya.

Dilengkapi teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan persenjataan canggih, pesawat ini menuntut pengendali yang bukan sahaja mahir, tetapi juga berjiwa besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka adalah insan terpilih, bukan semata-mata kerana kehebatan mereka, tetapi kerana ketulenan jiwa mereka.
“Dalam kokpit, seorang juruterbang perlu membuat keputusan dalam detik yang mendebarkan, kadangkala antara hidup dan mati. Keputusan yang hanya boleh dibuat oleh jiwa yang murni tanpa niat peribadi dan tanpa ego,” kata TUDM dalam satu kenyataan pada Selasa.

Foto: Kosmo!

Untuk makluman, LIMA ’25 yang membawa tema ‘Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan’ akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini di Langkawi.

Acara berprestij itu akan menampilkan 102 pesawat dan 35 kapal tentera laut dari pelbagai negara, menjadikannya salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara sejak dianjurkan pada tahun 1991.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd