Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Insiden Helikopter Terhempas, Usaha Mencari Presiden Iran Masih Diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran sedang dijalankan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan “pendaratan kecemasan” di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Foto: Sinar Harian

“Lebih daripada 20 pasukan mencari dan menyelamat yang lengkap, termasuk dron dan anjing pengesan, telah dihantar ke kawasan kejadian. Angkatan Tentera Iran juga telah mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi pencarian.
“Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan lereng dan muka buminya yang berceranggah dan keadaan cuaca yang buruk, terutamanya kabus tebal di kawasan itu,” jelas agensi itu.

Foto: Mediacorp

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Iran, Babak Yektaparast, memberitahu IRNA bahawa lapan ambulans dengan pasukan perubatan kecemasan terdiri daripada juruteknik dan doktor telah dihantar ke kawasan itu.

Beliau berkata sebuah helikopter kecemasan yang dihantar untuk membantu terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal yang menghalangnya daripada mendarat di kawasan berkenaan.

Foto: IRNA

Terdahulu, sebuah helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai-pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu yang lain turut berada di dalam helikopter itu,

Dalam pada itu, seorang pegawai memberitahu, nyawa Raisi dan Hossein berada dalam risiko berikutan nahas itu. Susulan daripada itu, pihaknya meletakkan harapan yang tinggi namun maklumat yang diterima dari tapak nahas sangat membimbangkan.

Sumber: Islam Republic News Agency (IRNA)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd