Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Ini Hanya Kereta Baharu Bukan Kereta Mewah, Biasa-Biasa Saja” – Sanusi

Setiap tahun kerajaan negeri akan membeli pelbagai aset, dan pada tahun ini memutuskan untuk membeli sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri telah dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Menurut Sinar Harian, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kos penyelenggaraan dan pembaikan kereta Mercedes Benz yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak lagi berbaloi digunakan.

@suraukgpetani.off

19/3/2024 selesai sudah majlis penyampaian bantuan dan berbuka puasa di Masjid Al-Fatoniah Kg Petani (Timur) bersama anak kariah masjid bersama Y.A.B Dato’ Seri Sanusi Md Noor (MB Kedah) dan Datuk Kamil Din(DKD) #fypシ #ramadan #puasaramadhan #suraukgpetani #fypシ゚viral #masukberanda #guarkepayangpendang #sanusimdnor @Kamil Din @Muhammad Sanusi Md Nor

♬ original sound – Muhammad Sanusi Md Nor – Muhammad Sanusi Md Nor

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya gunakan kereta Mercedes Benz yang dibeli bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak pada tahun 2012 dan kereta dibeli Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2014,” katanya pada Ahad.

Sanusi mendedahkan sejak beliau dilantik menerajui negeri ini, pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan Menteri Besar belum pernah dilakukannya.

Menerusi YouTube TV Wau, beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan yang tular di media sosial bahawa dia membeli kereta rasmi baharu berjenama Hyundai Palisade, bernilai lebih RM400,000.

“Ini hanya kereta baru bukan kereta mewah, biasa-biasa saja dan kalau saya nak beli sendiri pun, saya ada duit, dua buah boleh beli.
“Tak mahal sangat pun tapi dah kerajaan beli, saya naik, pihak yang cemburu tunggu jadi menteri besar esok, kamu beli (kereta), naik.
“Kalau tengok pergerakan saya sebagai menteri besar, tuan-tuan boleh mengalah tak boleh ikut kerana dalam sebulan berpuluh ribu kilometer perjalanan, jadi kena kereta yang lasak sikit,” ujarnya.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Sanusi membidas Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang cuba mengaitkan pembelian kenderaan tersebut dengan isu kegagalan pembayaran gaji pekerja Kedah Agro, yang disifatkan tiada kaitan.

Justeru, Sanusi turut mencabar Shaiful untuk membangkitkan isu lebih mencabar daya intelektual, dan bukan hanya sekadar sengaja menimbulkan kekecohan politik mengenai pembelian kereta tersebut.

Sumber: Sinar Harian, YouTube TV Wau

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd