Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Berdepan Detik Cemas, Anak Usia Lima Bulan Terperangkap Dalam Kereta

Seorang ibu berdepan detik cemas selepas bayi perempuannya berusia lima bulan terperangkap dalam kereta yang terkunci di Taman Saujana, Sepang tengah hari tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan  sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA tiba di lokasi.

“Kejadian melibatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang terperangkap dalam kereta jenis Proton Saga yang terkunci secara automatik ketika ibunya keluar dari kenderaan itu.
“Mangsa dipercayai terperangkap kira-kira 30 minit,” katanya.

Kredit foto: Buletin TV3

Morni berkata, bagaimanapun pihak bomba berjaya membawa keluar bayi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas dalam tempoh lima minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bayi itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserah kepada ibunya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd