Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hutan Terbakar Los Angeles: Rumah Selebriti Popular Turut Dilaporkan Terbakar

Insiden hutan terbakar dahsyat, dipanggil sebagai ‘Palisades Fire’ di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), telah menggemparkan seluruh dunia, semalam.

Memetik laporan AP News, difahamkan bahawa kawasan tragedi berkenaan merupakan kawasan tanah yang mewah didiami oleh selebriti ternama Hollywood serta golongan elit.

Hutan Terbakar Los Angeles

Hutan terbakar Los Angeles

Foto: X @mhdksafa

Lantaran itu, dilaporkan beberapa kediaman selebriti yang terkesan dengan kebakaran berkenaan termasuk Ben Affleck, Tom Hanks, Reese Witherspoon, Michael Keaton, Adam Sandler, Miles Teller, serta Eugene Levy.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selebriti terkenal, iaitu Paris Hilton, sempat berkongsi nasibnya menerusi laman Instagram, menzahirkan rasa sedih apabila rumahnya juga turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Hutan terbakar Los Angeles

Foto: Instagram @parishilton

Susulan itu, tragedi hiba itu telah menyebabkan sebanyak 1,500 bangunan terbakar  sehingga memaksa lebih 100,000 orang meninggalkan rumah masing-masing.

Sekurang-kurangnya lima orang terkorban akibat kebakaran hutan di sekitar Los Angeles, kata pegawai semalam ketika kebakaran terus merebak menyebabkan seluruh jalan, kereta dan kediaman musnah dalam masa beberapa minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hutan terbakar Los Angeles

Foto: AFP

Artikel lain: Kebakaran Hutan Di Barat Kanada, 6,000 Penduduk Diarah Berpindah

Ribut taufan yang membawa angin kencang mendorong kebakaran lebih marak di kawasan perumahan mewah Pacific Palisades, memusnahkan sebahagian besar hartanah California yang menjadi idaman dan digemari selebriti Hollywood.

Setakat semalam, api yang marak di Pacific Palisades melenyapkan sekitar 6,500 hektar dengan memusnahkan lebih 1,000 kediaman dan premis perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malahan, Pacific Fire dianggarkan menjadi salah satu kebakaran paling merugikan dalam rekod, AccuWeather berkata, pihaknya menganggarkan sehingga AS$57 bilion (RM256.78 bilion) kerugian dalam bencana itu.

Sumber: AP News, Instagram @parishilton

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd