Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Dicuri Di Genting Highlands, Honda Civic Type R Pelancong Singapura Akhirnya Dijumpai!

Pelancong Singapura, Damien meluahkan rasa syukur apabila kereta kesayangannya yang dilaporkan hilang pada 16 Julai lalu ketika bercuti di Genting Highland akhirnya berjaya ditemui oleh pihak polis di letak tempat kereta kondominium di Sepang pada 19 Julai, petang.

Gambar kereta yang dicuri

Gambar kereta yang dicuri

Difahamkan, kereta mewah itu berjaya dikesan oleh pihak polis selepas menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang mengatakan sebuah kereta Honda Civic telah dipandu oleh seseorang dalam keadaan yang sangat mencurigakan telah masuk ke dalam kawasan kondominium itu.

Jelasnya lagi, kereta tersebut telah masuk ke letak tempat kereta di kondominium itu kira-kira jam 6 pagi pada hari  yang sama kereta itu dicuri dari tempat letak kereta di SkyAvenue, sebuah pusat beli-belah di Resorts World Genting.

Tidak senang melihat kehadiran kereta tersebut yang penuh dengan pelekat perlumbaan pada bahagian kenderaan, pengawal keselamatan tersebut bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk membuat aduan.

Sebaik sahaja polis tiba di lokasi kejadian, pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan atas kenderaan tersebut dan mengesahkan bahawa itu adalah kereta yang telah dicuri dari lokasi sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, kereta tersebut telah diubah suai dengan menukarkan plat kereta itu kepada plat Malaysia malah warna asal kereta itu juga telah ditukarkan kepada warna putih hitam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Damien, pemilik kepada kereta Honda Civic Type R itu telah membuat pemeriksaan ke atas keretanya itu dan dia  mendapati, rim 18 inci, sistem bunyi dan kamera kereta telah hilang akibat dicuri oleh individu tersebut.

Susulan itu, Damien akan menghantar keretanya itu ke bengkel di Singapura untuk membaiki kerosakkan yang ada dan mahu mengetahui jumlah kerugian yang dialaminya.

Dalam pada itu, Damien menitipkan ucapan terima kasih kepada pengawal keselamatan dan pihak polis Malaysia yang begitu cekap dalam usaha mengesan serta mencari semula kereta mewahnya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Mothership

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd