Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harimau Malaya Kalah 0-2 Kepada Oman, Pan Gon Mohon Maaf – “Bukan Pengakhiran”

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.

Menurut laporan Bernama, Pan Gon berkata, kekalahan kedua itu bukan satu pengakhiran buat anak buahnya sekali gus menyifatkan perlawanan tersebut adalah yang paling sukar.

Foto: Bernama

“Sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik,” katanya.

Pengendali dari Korea Selatan itu turut berkata mereka masih mempunyai peluang pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya,” ujar beliau.

Foto: Scoop

Beliau juga optimis para pemain negara mampu menggunakan peluang untuk mempamerkan kebangkitan mereka selepas pulang ke pangkuan kelab masing-masing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan berlangsung pada Mei ini.

Sementara itu, Jaroslav Silhavy yang merupakan jurulatih Oman memberitahu bahawa kunjungan mereka ke SNBJ mendatangkan cabaran yang sukar dibandingkan ketika pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Muscat pada minggu lepas.

Silhavy turut berkata bahawa kejayaan mereka mendapatkan keputusan tersebut adalah disebabkan semangat sepasukan yang mereka miliki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Untuk makluman, misi Malaysia semakin sukar untuk layak lebih awal ke Piala Asia 2027 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia di kedudukan teratas selepas kekalahan kedua berturut-turut dengan keputusan sama dengan Oman kerana berkongsi sembilan mata bersama Oman yang menghuni tangga kedua dalam kumpulan D.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd