Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Senang Dapat, Harga Pil Kuda Murah Punca Lima Sekeluarga Jadi Penagih

penagih

Suasana sebuah rumah di Kampung Hutan Pasir di sini berubah suram apabila lima ahli keluarga termasuk empat beradik dan seorang ipar lelaki dikesan menagih pil kuda, meskipun tinggal bersama 20 ahli keluarga lain termasuk bayi baru berusia dua minggu.

Menurut laporan Sinar Harian, kesemua mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun dipercayai terjebak dengan najis dadah sejak lima tahun lalu dan mengaku mengambilnya hampir setiap hari.

Salah seorang daripada mereka memberitahu, pil kuda mudah diperoleh selain harganya murah serendah RM5 sebiji.

pil kuda

Foto: Sinar Harian

“Biasanya kami ambil dua hingga tiga biji sehari, guna duit hasil kerja buruh binaan. Walaupun tinggal serumah, kami tak ambil depan keluarga,” katanya.

Artikel lain: Dua Anak Doktor Didakwa Edar 35.58 KG Bahan Terlarang

Pendedahan itu dibuat selepas mereka ditahan dalam Op Perdana AADK Kelantan awal pagi Rabu yang menyasarkan kawasan berisiko tinggi di Bachok, Pasir Mas, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi itu menyaksikan 157 individu ditahan posititf dadah, 152 daripanya pil kuda

pil kuda

Foto: Sinar Harian

Lebih membimbangkan seorang daripada mereka mengakui sudah empat kali ditahan sebelum ini namun tetap mengulangi perbuatan sama, manakala selebihnya ditahan buat kali pertama.

Kehidupan ahli keluarga lain yang tidak terbabit dengan dadah turut terjejas apabila terpaksa menanggung suasana rumah sesak dan tekanan sosial akibat perbuatan lima penagih itu.

pil kuda

Foto: Sinar Harian

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok, menyifatkan keadaan ini menyedihkan kerana melibatkan adik-beradik serumah.

“Peranan keluarga amat penting dalam membendung penagihan dadah. Kes ini dalam siasatan dan pemantauan akan diteruskan bagi mengekang penularan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd