Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Makanan Ruji Rakyat Malaysia Meningkat Dua Kali Sejak 13 Tahun Lepas – DOSM

Harga makanan ruji rakyat Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, dan sate dilaporkan meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun yang lepas.

Harga makanan ruji meningkat

Harga makanan ruji meningkat

Foto: Berita Harian

Menurut laporan BERNAMA, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjelaskan dalam laporan bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) Tahunan 2024, harga roti canai meningkat 71.1 peratus daripada 90 sen sekeping pada 2011 berbanding RM1.54 pada 2024.

Sementara itu, harga nasi lemak pula naik sebanyak 81.3 peratus daripada RM2.03 sepinggan kepada RM3.68 pada tahun 2024.

Harga sate ayam pula dikatakan bertambah lebih dua kali, meningkat sebanyak 113.7 peratus daripada 51 sen secucuk pada tahun 2011 berbanding RM1.09 tahun lepas.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut memaparkan perbandingan tempoh yang sama bagi bawang besar diimport dari India juga merekodkan kenaikan ketara sebanyak 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Harga makanan ruji meningkat

Foto: Munch Malaysia

Bukan itu sahaja, bahan keperluan harian lain turut dianalisis menyaksikan harga santan segar bertambah daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 dan RM11.54 pada tahun 2024.

Manakala kelapa parut meningkat daripada RM5.18 sekilogram pada tahun 2011 kepada RM8.33 tahun lepas.

Laporan itu juga menunjukkan peningkatan harga daging lembu sebanyak dua kali daripada RM19.05 kepada RM37.84  antara 2011 hingga 2o24.

Harga makanan ruji meningkat

Foto: Utusan Malaysia

Bagaimanapun, kerang menunjukkan peningkatan paling ketara dengan lonjakan sebanyak 400.3 peratus daripada RM3.04 kepada RM15.21 sekilogram.

Artikel lain: 10 Syarikat Dipanggil Selepas Umum Kenaikan Harga Barang

Susulan daripada itu, DOSM melaporkan inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.8 peratus pada 2024 berbanding 2.5 peratus pada 2023 dengan mata indeks merekodkan 132.8 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

DOSM juga memberitahu mengikut data Tinjauan Ekonomi Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa bagi April 2025, inflasi negara mencatatkan kadar inflasi global 5.7 peratus pada 2024 lebih perlahan berbanding 6.6 peratus yang telah direkodkan pada 2023.

Sumber: BERNAMA 

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Jakel Trading memberi tempoh tujuh hari kepada pengurusan Kuil Hindu KL iaitu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk memindahkan struktur sedia ada dari sebidang tanah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd