Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Harga Barang Naik, Sistem Gaji Perlu ‘Dirombak’

Rombakan sistem pengajian di Malaysia perlu dilaksanakan sekiranya kerajaan hendak mengawal kos bahan asas susulan kenaikan barang tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, kerajaan perlu merombak sistem gaji di Malaysia kerana sistem sedia ada tidak berubah sejak beberapa tahun yang lepas.

Menurut Dr Faisol, perkara yang lebih penting buat masa sekarang ialah kerajaan harus membuat rombakan kepada sistem penggajian di Malaysia.

“Sebagai contoh, jika kenaikan gaji diberikan kepada mereka yang bekerja di sektor awam dan berlaku kenaikan bahan asas atau mentah, perkara ini tidak akan menjadi isu kerana kuasa membeli mereka telah meningkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mereka juga akan mempunyai lebihan pendapatan. Walaupun berlaku kenaikan harga, tidak menjadi masalah kerana mereka mampu membeli berikutan memiliki lebihan pendapatan hasil daripada kenaikan gaji,” kata beliau.

Menurut Dr Faisol juga, harga barang di Malaysia sentiasa meningkat di mana setiap tahun akan ada peningkatan  yang ketara namun pendapatan golongan bekerja di negara ini tidak meningkat.

“Oleh itu, bagaimana mereka hendak berbelanja? Itu akan menyebabkan kuasa beli merosot sedangkan harga barang semakin meningkat,” katanya dalam satu temu bual bersama Metro.

Menurutnya, kenaikan harga barang berlaku disebabkan banyak faktor seperti kenaikan harga bahan diimport atau bahan mentah dan faktor ini tidak dapat dielakkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lama kelamaan, jika gaji tidak meningkat dan harga barang asas terus meningkat, kemungkinan golongan M40 akan menjadi B40 dan golongan B40 pula akan turun lebih bawah (paras kemiskinan).

“Malah, golongan T20 juga mungkan terjejas jika perkara ini berterusan dan tidak dikawal. Golongan T20 yang berada di borderline mungkin akan jatuh ke kategori M20 berikutan perbelanjaan semakin meningkat.

“Perlu diingat, perbelanjaan isi rumah sekarang juga suda naik, tidak seperti dulu. Sekarang, banyak perkara perlu dibelanjakan dan ia bersifat keperluan selain makanan dan minuman, contohnya pendidikan, keselamatan atau takaful,” ujar Dr Faisol.

Beliau juga berkata, kerajaan harus mempertimbangkan cadangan untuk merombak sistem penggajian sekaligus menaikkan tingkat pendapatan bagi mengawal kenaikan harga barangan. Jika pendapatan rakyat meningkat, negara juga akan mendapat impak positif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Sri Ayu Kartika Amri)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd