Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya Mitos, Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Lapor Kes Orang Hilang – KPN

Oang ramai tidak perlu menunggu sehingga tempoh 24 jam untuk membuat laporan kehilangan ahli keluarga atau kenalan kepada pihak berkuasa.

Menurut satu laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan tersebut hanyalah mitos semata-mata yang disebarkan tanpa asas yang benar.

Foto: Astro Awani

“Tidak ada sebarang ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.
“Ada yang kata orang perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini hanyalah sekadar mitos semata,” katanya.

Razarudin berkata, perkara itu dipersoalkan netizen selepas kes kehilangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah yang kononnya memerlukan tempoh masa 24 jam dahulu sebelum membuat laporan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

“Sekiranya usaha mencari dan menghubungi telah dilakukan namun individu yang dicari masih masih gagal dikesan, laporan polis boleh dilakukan. 
“Ia adalah langkah awal bagi mengelakkan insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang itu,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang awam supaya sentiasa memainkan peranan dalam menyalur maklumat mengenai kes kehilangan ahli keluarga atau kenalan kepada polis.

Sumber: MalaysiaGazette (Kumara Sabapatty)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd