Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hannah Yeoh Kagumi Jojo, Sedia Adakan Pertemuan Secara Peribadi

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kagumi Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar malah sentiasa bersedia untuk mengadakan pertemuan bersama atlet muaythai tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Hannah sudah lama menyimpan hasrat untuk bersua dengan ramai atlet termasuklah Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo selepas bertemu sensasi pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi serta atlet 400 meter (m), Shereen Samson Vallabouy, yang menyaksikan kedua-dua atlet itu memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Asia Hangzhou, baru-baru ini.

Hannah Yeoh Kagumi Jojo

“Saya memang selalu nak jumpa atlet untuk dengar (luahan mereka). Sebab saya sudah meluangkan masa bersama Shereen, Azeem serta yang lain.
“Selepas saya dengar, kemudian saya kembali kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melihat bagaimana boleh bantu mereka. Tahniah dan syabas kepadanya (Johan),” katanya.

Artikel lain: “Saya Dapat Kontrak ONE Championship Sebelum Memiliki Lesen Memandu”- Johan Ghazali

Sebelum ini, Jojo telah mencipta sejarah baharu apabila dia merupakan atlet termuda menerima kontrak bernilai AS$100,000 (RM472,000) daripada One Championship.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaannya itu diraih selepas berjaya menewaskan Temirlan Bekmurzaev dari Rusia dalam acara ONE Friday Fights 36, Jumaat lalu di Bangkok, Thailand.

Bukan itu sahaja, atlet yang berusia 17 tahun itu memiliki rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya di One Championship.

Sumber: Harian Metro (Saiful Affendy Sapran)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd