Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Halima Aden Rela Berhenti Jadi Model, Elak Peragakan Fesyen ‘Merapu’

Model muslimah kelahiran Kem Pelarian Kakuma, Kenya iaitu Halima Aden pernah menjadi bualan ramai apabila dilaporkan tampil berhijab di pentas peragaan yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota USA pada tahun 2016 lalu.

Malah, turut mengambil kesempatan mengkritik industri fesyen yang mengeksploitasi terhadap segelintir model muda.

Sedar menjadi seorang model memerlukan kepantasan menukar pakaian dihadapan orang ramai. Ini termasuklah memasukkan syarat dalam kontrak di mana mereka tidak boleh memintanya menanggalkan hijab.

Terbaharu, dalam program bual bicara bersama pihak BBC World Service yang dikendalikan oleh Tommy Hilfiger, Aden berkata minatnya terhadap dunia peragaan terpaksa dihentikan kerana dia merasa dirinya sudah hilang identiti terutama sebagai seorang muslimah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dua tahun kebelakangan ini, saya meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasukan di set untuk menggayakan hijab dan pada ketika itulah saya menghadapi masalah.
“Mereka mula letakkan jeans atas kepala saya sebagai menggantikan selendang biasa. Cara mereka menggayakannya membuatkan saya terfikir sudah jauh dari imej sendiri.”ujarnya.

Cerita Aden lagi, model lain turut menjadi mangsa eksploitasi di set terutama dianiaya terhadap rambut dan solekan warna kepada model.

“Saya sedang menjalani penggambaran dengan model Muslim yang lain dan saya diberi kotak untuk ditukar dan dia tidak. Ia adalah tidak besesuaian dengan saya.
“Model adalah sangat mudah dieksploitasi. Boleh dikatakan industri fesyen adalah penuh dengan eksploitatif. Perlu ada kepelbagaian dalam krew solek, rambut dan stylist. Ia buan sahaja mengenai gaya ‘catwalk’ yang pelbagai, sebaliknya orang dibelakang tabir,”jelasnya.

Jelasnya, keputusan untuk berhenti daripada industri peragaan adalah kerana ia sudah melanggar garis batasan yang ditetapkan sebagai seorang penganut beragama Islam.

Jika tidak berhenti daripada dunia peragaan yang penuh dengan permintaan ‘aneh’, Aden berasa dia seperti sudah menyusahkan masyarakat Islam lain dan perlu bertanggungjawab dengan setiap fesyen digayakan dengan membawa identiti ‘Model Muslim berhijab’.

Sumber: The Guardian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Apabila emosi menguasai diri, manusia boleh bertindak di luar jangkaan sehinggakan boleh melakukan jenayah berat seperti membunuh tanpa mengira status mangsa. Malah, pada tahun...

Spotlight

Baru-baru ini, tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink dilihat berada di luar rumah bersama dengan ibunya...

Spotlight

Pelakon terkenal, Chris Hemsworth sememangnya menjadi lelaki idaman wanita dengan wajah tampannya meskipun sudah bakal berginjak usia 40 tahun. Malah, baru-baru ini menerusi hantaran...

Spotlight

Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Seung-gi yang bertindak mengarkibkan gambarnya di laman Instagram telah mencetuskan rasa kebimbangan dalam kalangan peminat. Menerusi Instagram...

Advertisement