Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Hakim Paling Baik Di Dunia’ Mohon Doa, Disahkan Hidap Kanser Pankreas

Seorang hakim di Amerika Syarikat, Frank Caprio yang mendapat gelaran ‘Hakim paling baik di dunia’ berkongsi berita duka selepas beliau disahkan hidap kanser pankreas.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, beliau telah didiagnos menghidap penyakit itu ketika sambutan ulang tahun kelahirannya bulan lalu.

‘Hakim paling baik di dunia’ hidap kanser pankreas

View this post on Instagram

A post shared by Frank Caprio (@therealfrankcaprio)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau telah berkongsi satu video menceritakan bahawa sambutan hari jadinya yang ke 87 pada tahun ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

“Salah satu hari yang paling menggembirakan buat saya ialah pada hari jadi saya. Saya baru sahaja menyambut ulang tahun ke-87 dan saya menerima ucapan indah daripada orang ramai di seluruh dunia.
“Tapi sambutan kali ini sedikit berbeza daripada yang sebelumnya kerana baru-baru ini saya berasa kurang sihat dan telah menerima pemeriksaan kesihatan dan keputusannya tidak baik.
“Saya telah didiagnos menghidap kanser pankreas, salah satu kanser yang sangat berbahaya,” katanya.

Foto: The Providence Journal

Tambahnya, beliau kini sedang menerima rawatan daripada pasukan doktor di Rhode Island di Institut Kanser Dana-Farber, sebahagian daripada Hospital Besar Massachusetss di Boston.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berdoa agar Tuhan memberkati usaha rawatan ini.
“Saya tahu ia adalah satu perjalanan yang panjang dan sukar dan saya bersedia untuk berjuang menghadapinya,” ujarnya.

Artikel lain: Influencer Berhijab Hampir Pengsan, Terkesima Dapat Berlaga Pipi Dengan Xu Kai

Dalam pada itu, Caprio kelihatan sedang menahan air mata sebelum memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya sebagai tambahan kepada rawatan yang sedang beliau jalani.

“Saya juga berharap anda semua dapat mendoakan saya kerana saya percaya dengan kuasa doa. Doa anda akan menjadi ‘senjata’ dan bantuan kepada saya untuk mengharungi perjalanan ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada individu menghantar mesej sokongan disamping bersyukur dengan doa daripada orang ramai.

Foto: UNILAD

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Caprio telah berkhidmat di Mahkamah Perbandaran Providence sejak 1985 dan beliau menjadi terkenal menerusi program TV berjudul ‘Caught in Providence’.

Caprio juga mendapat julukan ‘Hakim paling baik’ kerana beliau sentiasa berhati-hati ketika menjatuhkan hukuman atas dasar empatinya.

Sumber: Instagram Frank Caprio

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd