Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hak Cipta Belum Selesai, Pembinaan Tugu Kento Nanami Di Kuantan Masih Tertangguh

Pembinaan tugu peringatan watak anime Kento Nanami di Kuantan masih perlu ditangguhkan kerana ia melibatkan isu hak cipta kartun berkenaan yang belum diselesaikan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man menyatakan bahawa projek yang ditangguhkan selama lebih empat bulan itu dijangka akan melibatkan proses tambahan kerana isu hak cipta dan aspek lain yang perlu diselesaikan.

Foto: FB Leong Yu Man

“Perbincangan masih berjalan dan berharap ia boleh diselesaikan tidak lama lagi,” katanya.

Yu Man berkata, wakil kerajaan negeri telah menjalankan satu perbincangan dengan penerbit anime tersebut pada Disember tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita kena melalui orang tengah untuk berhubung dengan pencipta anime. Namun kita juga cuba berbincang dengan syarikat yang memiliki hak cipta (watak) anime itu,” ujarnya.

Selain akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, beliau juga menjelaskan bahawa orang tengah diperlukan untuk berhubung dengan pencipta kartun itu.

Foto: Spielanime

Terdahulu, dalam episod 42 Jujutsu Kaisen, watak ahli sihir Kento Nanami pernah menyatakan keinginannya untuk membina rumah serta menikmati masa dengan membaca buku di Kuantan.

Sehubungan itu, kerajaan Pahang merancang mendirikan sebuah tugu peringatan untuk watak Nanami yang secara tidak langsung menarik perhatian dunia terhadap pantai-pantai di Kuantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norazwani Yusof)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd