Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Hajat Zahid Tak Kesampaian, Mahkamah Tolak Permohonan Kembalikan Pasport

Nampaknya, permohonan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport antarabangsa miliknya bagi menjalankan urusan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya tinggal impian.

Hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan pasport secara kekal kerana dikatakan melangkaui undang-undang.

“Tiada mana-mana individu atau golongan yang boleh melangkaui undang-undang. Oleh itu, permohonan pemohon untuk mendapatkan pasportnya secara kekal adalah ditolak,”ujar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hakim Sequerah berkata, status seseorang tiada kaitan untuk mendapatkan keistimewaan sehingga melangkaui undang-undang, ia haruslah mengikut Perlembagaan Persekutan.

“Salah satu syarat jaminan pemohon (Timbalan Perdana Menteri, Daruk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) adalah untuknya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semua individu adalah sama rata di hadapan undang-undang. Di mata undang-undang, tiada keistimewaan, individu atau golongan yang boleh melangkaui undang-undang,”ujarnya.

Katanya, tertuduh boleh membuat permohonan agar pasportnya dikembalikan apabila ingin menjalankan tugas di luar negara, selagi mana tidak menganggu kes perbicaraan di mahkamah.

Dalam pada itu, mahkamah bagaimanapun membenarkan pasport sementara itu dikembalikan kepada Ahmad Zahid bagi membolehkan beliau membuat pasport diplomatik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah turut memerintahkan agar pasport antarabangsa Ahmad Zahid dipulangkan semula selepas urusan prosiding perbicaraannya selesai.

Difahamkan, pasport Ahmad Zahid disimpan oleh Mahkamah sejak 2018 selepeas didakwa atas pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Sumber: Utusan Online (Suwarni Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemergian sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu semalam mengundang rasa sayu dalam kalangan...

Dunia

Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya. Tak kuat tahan sakit Video...

Lokal

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam...

Lokal

Rezeki tak disangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Advertisement