Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Guru Wanita Korban Nyawa Selamatkan Pelajar Dalam Tragedi Jet Pejuang Terhempas Di Bangladesh

Seorang guru wanita menunjukkan keberanian luar biasa apabila sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan pelajar-pelajar sekolah yang terperangkap dalam kebakaran selepas sebuah jet pejuang Tentera Udara Bangladesh terhempas ke kawasan sekolah mereka, Isnin lalu.

Guru selamatkan pelajar

Menurut laporan CNA, Maherin Chowdhury, 46, guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut, berlari masuk ke dalam bilik darjah yang sedang marak terbakar untuk membawa keluar pelajar-pelajar yang sedang ketakutan dan terperangkap dalam api dan serpihan.

Tindakannya itu menyebabkan seluruh tubuhnya melecur teruk dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama.

guru

Foto: The Daily Star

Menurut adiknya, Munaf Mojib Chowdhury, Maherin berulang kali masuk ke bangunan yang terbakar walaupun pakaian dan tubuhnya sendiri sedang dijilat api.

Artikel lain: Guru Maut Dipercayai Dibunuh Abang Kandung Yang Mempunyai Masalah Mental

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suaminya sempat menelefon dan merayu supaya dia keluar dan fikirkan anak-anak mereka, tapi dia jawab mereka juga anak-anaknya, mereka sedang terbakar. Macam mana dia nak tinggalkan mereka?”katanya.

Sekurang-kurangnya 29 mangsa terkorban dalam tragedi itu dan majoritinya adalah pelajar sekolah.

guru

Foto: MSN

Tentera Bangladesh mengesahkan bahawa jet F-7 BGI yang berlepas dari sebuah pangkalan udara berhampiran sedang menjalani latihan rutin sebelum mengalami kerosakan mekanikal. Juruterbang yang cuba menukar laluan pesawat dari kawasan berpenduduk turut maut dalam nahas itu.

“Saya tak pasti berapa ramai yang dia sempat selamatkan, mungkin sekurang-kurangnya 20 orang. Dia tarik mereka keluar dengan tangan sendiri,”ujar Munaf, yang hanya mengetahui kisah keberanian kakaknya selepas bertemu dengan pelajar-pelajar yang terselamat di hospital.

Pengetua sekolah tersebut, Khadija Akter turut mengesahkan keberanian Maherin.

guru

Foto: Firstspot

“Ketika semua orang melarikan diri menyelamatkan diri masing-masing, dia berlari ke arah api untuk selamatkan orang lain,” jelasnya.

Maherin dikebumikan pada hari Selasa di kampung halamannya di daerah Nilphamari, utara Bangladesh. Beliau meninggalkan seorang suami dan dua anak lelaki remaja.

Sumber: CNA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd