Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Guna Pelabuhan Malaysia, Kapal Didakwa Kepunyaan Syarikat Israel Sudah Bertukar Hak Milik

Kapal yang didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan Malaysia sebenarnya sudah bertukar hak milik kepada sebuah syarikat lain.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya sudah membuat pemeriksaaan serta siasatan terhadap kapal itu.

Kapal didakwa kepunyaan syarikat Israel sudah bertukar milik

Menurut Loke, kapal yang sebelum ini didaftarkan di bawah ZIM Rotterdam sudah pun ditukar milik kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.

“Tetapi mereka telah bertukar tangan dan kapal itu sekarang namanya ialah MV Rotterdam dan pemilikan kapal itu bukan ZIM Rotterdam tetapi di bawah syarikat GoldStar Line.
“Dasar kita ialah kita tetapkan dengan tegas syarikat perkapalan ZIM Rotterdam tak dibenarkan berlabuh di Malaysia, tetapi apabila kapal itu bertukar tangan milik syarikat lain kita tak boleh halng kerana kita negara perdagangan,” katanya.

Artikel lain: Piala Sumbangsih Dibatalkan, JDT Menang ‘Walkover’ 3-0

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian pada Majlis Erat Kasih MADANI dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya pada Khamis.

Terdahulu, tular laporan mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari pelabuhan Malaysia minggu lepas.

Kejadian ini berlaku kurang daripada lima bulan selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik rejim Zionis dilarang menggunakan pelabuhan di Malaysia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

20 Disember lalu, kerajaan Malaysia memutuskan tidak menerima mana-mana kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Anwar dilaporkan berkata kerajaan juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd