Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: GPS Gagal Fungsi Punca Kemalangan Lori Batu Dan Trak FRU

GPS yang gagal dipasang dan berfungsi mengikut keperluan dikenal pasti sebagai punca dalam siasatan awal kemalangan membabitkan sebuah lori bermuatan batu dan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan pada Mei lalu.

Lori batu tiada GPS

Menurut laporan Buletin Utama, Kementerian Pengangkutan hari ini mengesahkan bahawa sistem GPS pada lori terbabit tidak aktif semasa kejadian dan pihak syarikat juga telah mengesahkan perkara ini dan telah dikenakan tindakan dengan pengeluaran Surat Tunjuk Sebab bertarikh 23 Mei lalu.

gps

Foto: Buletin TV3

Menurut kementerian, kegagalan ini merupakan pelanggaran kepada garis panduan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mewajibkan semua kenderaan perdagangan berdaftar dilengkapi dengan sistem GPS yang berfungsi.

Pematuhan ini adalah sebahagian daripada Perkara 11 Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) dan tertakluk di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Garis panduan berkaitan ditetapkan dalam Buku Panduan dan Kod Amalan Industri SPAD Keselamatan Untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan, berkuat kuasa sejak 1 November 2013 (Kod 13 dan Kod 14).
“Antara kewajipan pengendali termasuk memastikan setiap kenderaan dilengkapi GPS berfungsi bagi pemantauan kelajuan dan lokasi, memantau serta mengambil tindakan segera ke atas pemandu yang memandu secara berbahaya atau melebihi had laju,” katanya.
gps

Foto: Kosmo!

Selain itu, pengendali juga wajib menyemak laporan GPS bagi setiap perjalanan, mengambil tindakan disiplin atau memberi kaunseling kepada pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas, menyimpan rekod tersebut, serta memastikan tiada manipulasi atau pemalsuan data GPS.

“Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(3) dan Seksyen 62 Akta 715, termasuk denda, penjara, atau penggantungan/batal lesen operasi,” ujarnya.

Dalam laporan sama, kementerian turut memaklumkan bahawa pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) buat masa ini masih belum diwajibkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas FRU: 20 Minit Selepas Dibebaskan, Pemandu Lori Ditahan Semula Kerana Kes Curi Lembu

Walau bagaimanapun, APAD sedang mengemas kini garis panduan keselamatan untuk dimasukkan ke dalam Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pengurusan Keselamatan), dengan pelaksanaan wajib pemasangan dashcam dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026.

Terdahulu, kemalangan tragik itu berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira jam 8.50 pagi dan melibatkan trak FRU dari Unit 5 Sungai Senam yang membawa 18 anggota.

gps

Foto: Utusan Malaysia

Trak itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami sebelum dilanggar lori membawa batu.

Lapan anggota FRU disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Sembilan anggota lain mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd