Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sami Hindu, Aktivis Berbilang Kaum Gotong-Royong Bersihkan Kuil Haram

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan bahawa isu tersebut adalah undang-undang, bukan perkauman atau agama.

Gotong-royong bersihkan kuil haram

Dalam satu hantaran di Facebook, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang turut hadir pada aktiviti itu berkongsi pengalamannya bersama Sai dan Cikgu Chandra, juga seorang aktivis.

Firdaus menyifatkan kehadiran Sai sebagai contoh rakyat Malaysia yang mendaulatkan undang-undang walaupun menghadapi kritikan daripada sesetengah individu dalam komuniti mereka sendiri.

“Bro, boleh saya ambil gambar dengan awak?” tanya Sai kepada Firdaus, yang membalas, “Sure as long as you are comfortable with it & ready to be criticised by people.” Kedua-duanya kemudian sempat berswafoto sambil ketawa.

bersihkan kuil haram

Firdaus berkata, penampilan Sai yang berambut panjang dan lilitan rambut di kepala bukan serban, menunjukkan komitmennya terhadap agama Hindu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sai sendiri menjelaskan kepada media bahawa kehadirannya adalah berdasarkan prinsip undang-undang:

“Ini bukan isu agama tetapi isu undang-undang. Dalam agama Hindu, kita tidak dibenarkan membina sesuka hati. Di negara India yang majoriti Hindu pun, kerajaan merobohkan kuil yang dibina tanpa kebenaran.
“Kalau nak bina kuil, beli tanah dan bina. Tuhan Hindu pun marah kalau ceroboh dan bina secara haram,” kata Sai.

Firdaus menegaskan bahawa tindakan Sai dan aktivis lain bukanlah tindakan perkauman atau provokasi, tetapi usaha menegakkan peraturan sedia ada.

bersihkan kuil haram

Beliau menjelaskan walaupun Sai turut dihentam melalui platform media sosial, keyakinan terhadap prinsip yang benar adalah lebih penting.

“Sai, macam saya sebut tadi. Kalau kita yakin apa yang kita buat ini adalah baik dan betul lalu kita jujur dengan prinsip, pasti akan ada yang mengkritik dan menghina.
“Peduli apa kata orang sebab merekapun tak pernah peduli kata kita bila mereka buat benda yang tak betul pun,” kata Firdaus kepada Sai.

Artikel lain: Polis Sahkan Proses Pindah Berhala Kuil Rawang Selesai, Pemilik Tanah Ambil Alih Kerja Pembersihan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Firdaus, aktiviti itu juga disertai oleh Tok Cindai dari Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB), menggambarkan perpaduan antara Melayu, Cina, dan India yang mendaulatkan undang-undang.

bersihkan kuil haram

Difahamkan, struktur yang didakwa didirikan tanpa kelulusan di tanah milik Yayasan Kubra di Rawang Perdana itu telah dirobohkan awal Rabu, dalam satu operasi yang berjalan lancar dan tanpa sebarang insiden.

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd